Web Analytics
top of page
Klinik Al-Quran
WpDop9T-holy-quran-wallpaper.jpg

PENDAHULUAN

Program ini adalah satu sistem pengajian Al-Quran secara perseorangan di hadapan seorang guru.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk mempelajari bacaan Al-Quran beserta tajwid mengikut kesesuaian masa pelajar. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:

  • Meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran

  • Membaca Al-Quran dengan bertajwid

  • Bertalaqqi dengan guru hingga khatam

  • Menjadikan membaca Al-Quran sebagai budaya hidup mereka

Tempoh dan Masa Pengajaran

Klinik Al-Quran berjalan selama setengah jam untuk setiap sesi. Masa pengajian adalah mengikut waktu yang dipilih dan ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Waktu yang baik dijalankan klinik ini adalah dari jam 2 petang hingga 9 malam pada Isnin hingga Jumaat dan dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan Ahad.

​

(Tertakluk kepada kesesuaian cawangan).

Yuran

Yuran pendaftaran (sekali sahaja) sebanyak $20.00. Yuran pembelajaran sebanyak $76.50 untuk 6 sesi dibayar semasa pendaftaran. Setiap pelajar akan diberikan sekeping kad untuk mereka mencatitkan tarikh dan masa pengajian. Pelajar perlu mencatit tarikh dan masa pengajian mereka ke dalam sebuah fail. Kehadiran mereka dapat diketahui melalui tandatangan guru pada kad kehadiran.

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Jadual

Pelajar perlu menepati jadual yang telah dipilih. Jika penundaan terpaksa dibuat, maka hendaklah dilakukan 2 hari sebelum jadual pengajian supaya tempatnya dapat digantikan dengan orang lain. Sekiranya kurang dari 2 hari, tempahan mereka dikira terpakai.

Lihat juga:

bottom of page