top of page
PENDAHULUAN
Program Iqra’ sepadu memberi peluang kepada pelajar belajar huruf-huruf, perkataan dan ayat-ayat Al-Quran secara sistematik dan bertahap.
Matlamat Program
-
Dapat melahirkan pelajar yang dapat membaca Al-Quran dengan baik
-
Supaya pelajar suka, cinta dan sayang dengan pembelajaran Al-Quran
-
Supaya pelajar memahami isi kandungan surah-surah yang dibaca (surah-surah tertentu)
-
Dapat menulis huruf-huruf hijaiyah (tunggal / sambung) dengan baik
-
Dapat mendirikan solat dengan baik dalam kehidupan seharian
-
Dapat mengamalkan doa-doa harian dalam kehidupan seharian
Tempoh dan Masa Pengajaran
Pembelajaran berlangsung seminggu sekali dalam masa 1 jam 45 minit.
Mata Pelajaran
Selain Iqra', para pelajar juga belajar cara bersolat dan doa harian
Yuran
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $20.00. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $46 sebulan.
Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.
Lihat juga:
bottom of page