Web Analytics
Kelas Bimbingan Remaja Online | Andalus Website
top of page
Kelas Bimbingan Remaja (Online)
HO4A2015.jpg

PENDAHULUAN
Program Kelas Bimbingan Remaja Online (KBRO) ini ditawarkan untuk para remaja yang belum pernah mengikuti pembelajaran agama secara berstruktur/ formal. Program ini disusun mengikut modul supaya para remaja mudah untuk mengikutinya.

Matlamat Program

Program ini diharapkan dapat menyediakan pengetahuan agama Islam kepada remaja-remaja berumur dari 13 hingga 18 tahun yang tiada asas pendidikan Islam daripada zaman kanak-kanak. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:

  • Memahami ilmu-ilmu teras agama Islam dengan sempurna

  • Menghayati dan mengamalkan ugama Islam dengan sebaik mungkin

  • Menjadi insan yang berakhlak mulia, progresif dan berketrampilan agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

  • Membaca Al-Quran dengan bertajwid dan menjadikannya sebagai budaya hidup

Tempoh dan Masa Pembelajaran

Jangka masa pembelajaran KBR ialah 4 tahun. Setiap tahun mengandungi 2 semester. Setiap semester mengandungi lebih kurang 20 minggu pembelajaran. Pelajar KBR tidak perlu menduduki peperiksaan tetapi pada setiap unit pembelajaran pelajar perlu menyempurnakan latihan yang telah disediakan.
Bagi setiap sesi pembelajaran ianya akan berlangsung selama 1 jam 30 minit.
Pelajar yang mengikuti program KBR akan mempelajari setiap subjek yang di bawah mengikut modul.

Mata Pelajaran

Semester 1

  • Aqidah

  • Puasa

  • Zakat

  • Akhlak

  • Iqra/Al-Quran

Semester 2

  • Thoharoh

  • Solat

  • Solat Lanjutan

  • Sirah

  • Iqra/Al-Quran

Learning Management System (LMS)

Andalus menyediakan wadah Learning Management System (LMS) dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan era teknologi.

 

Ia membolehkan pelajar membaca teks dan membuat tugasan di LMS di mana-mana pada masa yang sesuai. Ibu bapa juga dapat melakukan aktiviti ini bersama.

Jaluran KBR

Pelajar yang tamat program ini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat pra-diploma secara separuh masa.

Pakaian

Pelajar-pelajar yang mendaftarkan diri untuk kelas ini tidak diwajibkan memakai pakaian seragam pusat pendidikan. Walau bagaimanapun, mereka diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat. Bagi pelajar lelaki, mereka digalakkan berpakaian baju melayu serta bersongkok. Manakala bagi pelajar perempuan pula, mereka digalakkan berpakaian baju kurung atau berjubah serta bertudung.

Yuran

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $20.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $51 sebulan.

​

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

bottom of page