Web Analytics
Kelas Bimbingan Kanak-Kanak | Andalus Website
top of page
Kelas Bimbingan Kanak-Kanak
IMG_8402.JPG

PENDAHULUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk menyediakan pendidikan asas agama Islam kepada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun. Pelajar-pelajar diajar dengan pelajaran lanjutan daripada program KBPS dengan penambahan dua matapelajaran baru iaitu Jawi dan Solat. Matapelajaran diajar dalam bentuk subjek. 

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk menyediakan pendidikan agama Islam asas yang perlu diketahui oleh pelajar. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:

  • Memahami ilmu-ilmu teras agama Islam dengan sempurna

  • Menghayati dan mengamalkan agama Islam dengan sebaik mungkin

  • Berfikir secara logik, analitik, kreatif dan inovatif berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah

  • Menulis dan membaca Jawi

  • Membaca Al-Quran dengan tajwid

  • Menulis dan bertutur Bahasa Arab yang mudah

Tempoh dan Masa Pembelajaran

Program ini berjalan selama enam tahun bermula dari KBK 1 bagi kanak-kanak berumur 7 tahun hingga KBK 6 bagi pelajar berumur 12 tahun.

Setiap tahun dibahagikan kepada 2 semester dan setiap semester pelajar diajar matapelajaran tertentu. Ia dijalankan seminggu sekali selama 2 jam bagi setiap sesi.

Mata pelajaran - Sem 1

  • Fiqh/Tauhid

  • Bahasa Arab

  • Jawi

  • Iqra/Surah

  • Solat

Mata pelajaran - Sem 2

  • Sirah/Akhlak

  • Bahasa Arab

  • Jawi

  • Iqra/Surah

  • Solat

E-Pendidikan 

Andalus menyediakan wadah e-pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan era teknologi.

 

Ia membolehkan pelajar membaca teks dan membuat tugasan e-pendidikan di mana-mana pada masa yang sesuai. Ibu bapa juga dapat melakukan aktiviti ini bersama.

Jaluran Kelas KBK

Pelajar akan mengikuti pengajian peringkat rendah selama enam tahun sebelum meneruskan ke peringkat menengah. 

Yuran

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $20.00. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $51 sebulan.

​

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Lihat juga:

bottom of page