KATA PENGANTAR
Falsafah Pendidikan Andalus
Falsafah pendidikan Andalus terkandung di dalam misi dan visinya. Visi Andalus ialah Muslim yang bertaqwa berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Manakala misinya adalah menyediakan pendidikan Islam dengan kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dalam melahirkan Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Matlamat Pendidikan Andalus
Matlamat pendidikan Andalus pula adalah melahirkan individu-individu yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-
Mempunyai kefahaman mengenai Islam dan mencontohi akhlak mithali
-
Merealisasikan semua ajaran Islam dan menghayati sunnah dalam kehidupan
-
Menunaikan hak-hak Islam dan berhemah tinggi Mendidik anak-anak cara Islam
Model Kurikulum Andalus
Model kurikulum Andalus harus memberi perhatian kepada 4 perkara iaitu, (1) objektif-objektif kurikulum, (2) jenis kandungan yang akan digunakan (3) pengalaman-pengalaman pembelajaran yang harus disediakan dan (4) bagaimanakah hasilnya harus dinilai.
Objektif-objektif Kurikulum Andalus
Antara objektif-objektif utama kurikulum Andalus ialah:
-
Ia bertujuan memberi pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi mengenai ilmu-ilmu teras agama Islam agar para pelajar dapat memahaminya dengan sempurna. Ia mengikut kadar umur dan kebolehan mereka supaya mereka boleh menghayati dan mengamalkan ugama Islam dengan sebaik mungkin.
-
Ia menekankan aspek ta’lim (proses menimba ilmu) ta’dib (beradab dengan Allah, Rasul dan hubungan dengan sekalian makhluk/sistem kehidupan) dan tarbiyyah (latihan kerohanian, intelek dan jasmani).
-
Ia berhasrat membentuk insan yang berilmu dan berfikiran secara logis, analitis, kreatif, inovatif berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
-
Ia berhasrat menghasilkan peribadi yang seimbang dari segi rohani, intelek dan jasmani agar menjadi muslim yang soleh dan muslih.
-
Ia bertujuan memperkembangkan potensi dan bakat serta keupayaan setiap individu khususnya dalam pendidikan, penghayatan cara hidup dan menegakkan syiar Islam.
-
Ia berhasrat melahirkan insan yang berakhlak mulia, progresif dan berketrampilan agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
-
Ia menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan suasana pembelajaran maksimum tercapai.