Web Analytics
Kelas Bimbingan Nurseri Online | Andalus Website
top of page
Kelas Bimbingan Nurseri (Online)
wisuda andalus 2019_441.jpg

PENDAHULUAN
Program ini disusun agar para pelajar membuat persiapan untuk memasuki program Kelas Bimbingan Prasekolah (KBPS). Kurikulum yang disediakan untuk mereka ringan dan mudah agar mereka dapat berjinak-jinak dengan ajaran Islam dan menerapkan minat serta cinta pada agama Islam. Ia juga diadakan secara online bagi memenuhi keperluan mereka yang tidak berpeluang melalui pembelajaran agama secara formal di cawangan pada masa yang ditetapkan.

Matlamat Program

  • Mempertingkatkan kemahiran menulis

  • Mengenal huruf–huruf Al-Quran

  • ​Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian

  • Menghafal surah-surah pilihan

  • Melaksanakan asas solat yang mudah

  • Mengetahui asas Bahasa Arab

Tempoh dan Masa Pembelajaran

Program ini dijalankan selama setahun untuk pelajar yang berumur antara 4 dan 5 tahun. Ia dijalankan seminggu sekali selama 2 jam bagi setiap sesi. Matapelajaran diajar dalam beberapa tempoh tertentu sebagaimana di bawah.

Mata pelajaran

  • Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Prasekolah

    • Jaluran Aqidah dan Akhlak

    • Jaluran Intelektual dan Jasmani

    • Jaluran Perhubungan dan Kehidupan

    • Jaluran Alam Sekitar dan Aktiviti Ulangkaji

  • Al-Lughah Al-Arabiyyah li Al-Athfal wal Iqra’ 1 & 2​

  • Solat Peringkat Asas

Learning Management System

Andalus menyediakan wadah Learning Management System (LMS) dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuai denga era teknologi.

 

Ia membolehkan pelajar membaca teks dan membuat tugasan di LMS di mana-mana pada masa yang sesuai. Ibu bapa juga dapat melakukan aktiviti ini bersama.

Jaluran Kelas KBN Online

Kanak-kanak menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun dalam program KBN sebelum masuk ke program Kelas Bimbingan Prasekolah (KBPS). Seterusnya mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah, Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK), semasa berumur 7 tahun.

Yuran

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $20.00. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $51 sebulan.

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Lihat juga:

bottom of page